Komponen BN setuju secara lisan ganti Setiausaha Agung

Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sudah mendapat persetujuan lisan daripada presiden parti komponen BN.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang memaklumkan berkenaan perkara itu berkata, ia akan diabsahkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.

“Mesyuarat (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Agung BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.

“Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan presiden parti komponen,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker