Pembangkang tolak diadakan PRU15

SHAH ALAM – Blok pembangkang menolak cadangan UMNO yang mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan bersama oleh 14 orang pemimpin pembangkang pada Selasa, mereka menyatakan rasa terkejut terhadap tindakan berterusan pemimpin UMNO yang meminta PRU15 diadakan segera dengan mengambil kira situasi semasa yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Menurut mereka, keadaan rakyat yang ditimpa pelbagai masalah seperti pandemik Covid-19, banjir, pengangguran dan penyusutan pendapatan kepada majoriti keluarga akibat wabak tidak memungkinkan kepada berlakunya PRU15 dalam waktu yang terdekat.

“Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh UMNO menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini,” kata mereka dalam kenyataan berkenaan.

Muafakat Nasional telah bersedia untuk PRU15

Seramai 14 pemimpin pembangkang yang membuat kenyataan bersama itu ialah Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Datuk Darell Leiking (Penampang), Yeo Bee Yin (Bakri) dan Hannah Yeoh (Segambut).

Turut bersama ialah Teo Nie Ching (Kulai), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Abd Samad (Shah Alam), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar).

Pada Ahad, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar PRU15 diadakan segera bagi membina sebuah kerajaan yang stabil.

Menurut Ahmad Zahid, PRU15 boleh dilaksanakan dengan cara memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu.

Sementara itu, blok pembangkang tersebut turut menyatakan bahawa UMNO telah menunjukkan wajah mereka yang sebenar melalui gesaan terbaharu itu.

Mereka menjelaskan, UMNO dilihat lebih mementingkan kuasa daripada menjalankan usaha untuk memastikan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Bulan lalu, Parlimen baru sahaja meluluskan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion iaitu belanjawan terbesar dalam sejarah negara yang kononnya untuk memerangi Covid-19.

Muafakat Nasional bincang strategi pertahan PN hingga PRU15

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker