BioNTech beri amaran jangan lengahkan dos kedua vaksin COVID-19
Firma Jerman, BioNTech, semalam memberi amaran bahawa tiada data bagi menyokong ‘keselamatan dan keberkesanan’ vaksin COVID-19 sekiranya pemberian dos kedua dilengahkan melebihi tiga minggu.
Peringatan itu dikeluarkan berikutan kebimbangan mungkin ada negara lebih mengutamakan pemberian dos pertama dan seterusnya kekurangan bekalan bagi suntikan dos kedua dalam tempoh masa ditetapkan.
BioNTech, yang membangunkan vaksin dengan gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer, berkata data klinikal menunjukkan keberkesanan 95 peratus berdasarkan jadual dua dos yang berselang selama 21 hari.
“Keselamatan dan keberkesanan vaksin belum dinilai berdasarkan tempoh antara suntikan dos pertama serta kedua.
“Walaupun data menunjukkan sudah ada separa perlindungan seawal 12 hari selepas dos pertama, tiada data menunjukkan perlindungan selepas dos pertama bertahan selepas 21 hari,” katanya.
Faced with limited supplies of the vaccines, Denmark said Monday it would space out the jabs by up to six weeks, while Britain has said it would wait up to 12 weeks before giving the second jab.
Berikutan bekalan vaksin yang terhad, Denmark semalam berkata suntikan antara dos pertama dan dos kedua akan dijarakkan sehingga enam minggu, manakala Britain menetapkan penjarakan hingga 12 minggu sebelum memberi dos kedua.
Jerman juga berusaha untuk menjarakkan pemberian vaksin dos kedua sehingga 21 hari.
Penyokong tindakan itu berkata amalan berkenaan akan membolehkan lebih banyak penduduk mendapatkan dos pertama mereka.
“Walaupun keputusan mengenai rejimen pemberian dos alternatif adalah budi bicara pihak berkuasa kesihatan, kita percaya dos kedua diperlukan untuk memberikan perlindungan maksimum terhadap penyakit ini,” kata BioNTech.
BioNTech yang berpangkalan di Mainz, berkata pihaknya tetap komited untuk terus ‘berdialog dengan pengawal selia, pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan’ mengenai ‘apa saja keputusan kesihatan masyarakat awam’. – AFP
BioNTech/Pfizer Mohon Kelulusan EU