Dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, Annuar Musa jumpa wartawan esok

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa akan mengadakan sidang media pada pukul 2 petang esok di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan susulan pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Menteri Wilayah Persekutuan itu mengesahkan perkara tersebut dalam satu ciapan di Twitter.

Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat memberi reaksi kepada pihak media berhubung isu pemecatannya hari ini.

“Saya harap semua bertenang dan jangan terburu-buru. Jaga perpaduan. Jaga persaudaraan. Jaga juga sentimen,” kata Annuar dalam ciapan itu.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut berkongsi gambar beliau bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ciapan sama.

Sebelum itu, beliau juga memuat naik gambar tangkap layar mesej yang dihantar kepada Zahid menerusi aplikasi WhatsApp.

Kata Annuar dalam mesej itu, beliau dimaklumkan mengenai pemecatannya menerusi media.

Pada Selasa, Annuar Musa dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung BN yang diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut sumber daripada UMNO, keputusan itu dibuat oleh Zahid dalam satu mesyuarat.

MCA terkilan pemecatan Annuar Musa, pelantikan jawatan BN perlu diputus secara konsesus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker