UMNO Bukit Bintang: Beri naratif yang jelas, UMNO mahu bermuafakat atau bersedia untuk bersendirian

 

KUALA LUMPUR – UMNO Bukit Bintang menggesa parti membuat keputusan segera sama ada untuk bertanding secara muafakat dengan Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau secara solo.

Menurut Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zainal Rafique, dalam membuat keputusan politik untuk masa depan kita harus akui dan fahami senario politik negara telah jauh berubah meninggalkan modus operandi UMNO yang sedia ada.



“Dulu sekitar 2 ke 3 Juta ahli UMNO sudah boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya kerana ahli-ahli UMNO mewakili hampir 40% jumlah pengundi. Hari ini komposisi ahli UMNO yang menjadi pengundi hanya… mewakili sekitar 10 hingga ke 20% sahaja.”

Berdasarkan data-data kemerosotan pengaruh Barisan Nasional sejak beberapa pilihan raya lalu, Zainal menggesa ahli memahami ramai pengundi telah berubah dan mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan dan PAS.

“Justeru adalah penting untuk kita sebagai ahli UMNO memahami bahawa nama UMNO semata-mata tidak lagi berupaya memastikan parti menang dalam pilihan raya.

Bagaimanapun Zainal turut mengingatkan parti lawan bahawa pandangan pentingnya mengadakan kerjasama ini bukan UMNO mahu menutup terus pintu untuk secara sendirian.



“Politik harus dinamik. Maka UMNO juga harus ada laluan lain seandainya perbincangan permuafakatan parti-parti Melayu ini tidak berjaya.”

Berjaya atau tidaknya permuafakatan ini bergantung juga kepada Bersatu.

“Misalnya sebagai parti Melayu yang terbesar dengan keahlian hampir 4 juta orang tentulah UMNO atau BN lebih wajar untuk bertanding dengan lebih banyak kerusi Parlimen di kawasan Melayu berbanding Perikatan Nasional.”

Menurut Zainal memberi laluan UMNO bertanding antara 80 ke 85 kerusi di Parlimen majoriti Melayu akan meyakinkan ahli-ahli parti bahawa kerjasama ini adalah sesuatu yang benar-benar ikhlas dan berdasarkan situasi menang-menang atau ‘win-win situation’.



Zainal turut mengingatkan Bersatu bahawa sekiranya mereka dilihat membuli UMNO maka kemungkinan besar akan berlaku undi protes di kalangan ahli dan penyokong UMNO.

“Jadi tidak ada faedah juga kepada Bersatu sekiranya mereka bertanding banyak kerusi tetapi gagal memenanginya.”

Bertanding Solo

Bagaimanapun Zainal turut mengingatkan UMNO agar bersedia dengan naratif yang meyakinkan pengundi terutama orang Melayu, memberi kepimpinan yang diterima pengundi dan bersedia dari segi kewangan jika mahu bertanding solo.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker