Pelan vaksinasi dimuktamad Khamis ini, kata Khairy

Khairy Jamaluddin berkata, pelan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19. (Gambar AP)

REMBAU: Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadualkan bermula Februari depan akan dimuktamadkan Khamis ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia akan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 yang dipengerusikannya bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

“Ia bertujuan melancarkan pelaksanaan pelan berkenaan apabila vaksin COVID-19 diperoleh nanti,” katanya selepas menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Rembau.

50 negara dah lakukan vaksinasi, Malaysia lambat – Ahmad Maslan

Pelan itu merupakan perancangan menyeluruh sebelum negara menerima vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun ini, merangkumi hospital yang boleh didaftar untuk mendapatkan vaksin, termasuk isu pengangkutan dan penyimpanan.

Khairy berkata, kementeriannya sedang merangka Pelan Ekonomi Sentuhan Rendah dengan kerjasama beberapa kementerian, termasuk Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha mengelak orang ramai berdepan risiko jangkitan.

Katanya, pelan itu merupakan rancangan jangka panjang yang akan mengubah persekitaran ekonomi kepada ekonomi teknologi sentuhan rendah.

Beliau berkata, pelan yang memfokuskan pembangunan dan penggunaan robotik itu membolehkan banyak perkara dilakukan tanpa perlu menyentuh mana-mana permukaan.

COVID-19: Indonesia mulakan kempen vaksinasi besar-besaran bulan depan – Jokowi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker