Nazri: PPBM tawar duit pada ahli Umno, tubuh cawangan di Perak


Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20,000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan parti itu di Perak.

Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas menambah, tawaran itu dibuat susulan Bersatu kini mengalami kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

“Saya ada sebut sebelum ini, Umno memang berang dengan bunga (Bersatu) di Perak sebab kacau kampung (ketua kampung), ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) pun beri kepada dia (Bersatu) walaupun tiada orang.

“Dia curi orang kita (Umno), dia bagi duit pada orang kita. Betul, RM20,000 untuk buka cawangan. Dia mana ada orang, ada sesetengah orang yang ditawarkan,” katanya dalam sidang media ketika selepas berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium semalam.

“Ada kenyataan setiausaha agung Bersatu (Hamzah Zainudin) mahu menubuhkan 8,000 cawangan, ingat boleh buat percuma, tidak mungkin dalam masa singkat mahu buat,” katanya seperti dipetik portal Sinar Harian.

Jelasnya, ini antara faktor Umno mengapa Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU 15) akan datang.

“Rabu ini akan berjumpa dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk sampaikan hasrat kepadanya bahawa perwakilan Umno Padang Rengas tolak kerjasama dengan Bersatu.

“Kita mahu memperkasakan Muafakat Nasional selain mahukan PRU15 diadakan seawal bulan Mac atau selewatnya pada Jun ini,” katanya.

Umno Padang Rengas antara 143 dari 191 bahagian yang melaksanakan mesyuarat agung parti semalam.

Umno bahagian pimpinan Nazri itu mengusulkan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Sementara itu, Nazri berkata, Umno akan membincangkan hubungan parti bersama Bersatu dalam mesyuarat MT yang dijadual pada 6 Jan ini.

Pada 2 Jan lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Susulan itu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, menuntut permohonan maaf malah mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Asyraf susulan dakwaan tersebut. Mk

PPBM curi ahli? Nak bekerjasama buat apa lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker