Kucing jalanan kesayangan Black Cat Rembau

Rembau: Prihatin dengan nasib kucing jalanan, kumpulan Black Cat Rembau (BCR) yang dianggotai 10 ahli sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan binatang itu di sekitar pekan ini.

Selain memberikannya makan, kucing jalanan terbiar yang sakit, cedera dan cacat, ahli kumpulan ini akan membawanya pulang untuk tujuan pemulihan dan mereka yang berminat untuk membelanya juga akan diberikan pertimbangan.

Ketua Black Cat Rembau Khairul Azli Abdul Kahar, 42, berkata, pihaknya membelanjakan RM1,000 sebulan bagi membeli makanan kucing dan membawa binatang itu ke klinik atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan bagi mendapatkan rawatan bagi kucing yang sakit atau cedera.

“Terdapat lebih 100 kucing jalanan di sekitar pekan Rembau dan Chembong yang memerlukan perhatian, tambahan pula dalam keadaan cuaca kerap hujan ketika ini.



“Saya bersama rakan-rakan mengambil inisiatif untuk memastikan binatang kesayangan Rasulullah ini diberikan perhatian.

“Kami tidak pernah memandang rendah ke atas kucing jalanan walaupun ia terbiar serta mengalami pelbagai masalah kesihatan kerana pembelaan sewajarnya perlu diberi kepada haiwan berkenaan supaya terus hidup,” katanya.

Menurutnya, aktiviti memberi makanan kepada kucing jalanan itu dilakukan jam 8 hingga 11.30 malam iaitu selepas mereka selesai melaksanakan urusan kerja harian.

Katanya, pihaknya mendapat sokongan orang ramai yang menghulurkan dana bagi menampung keperluan membeli makanan dan susu kucing.



“Kucing yang kurang sihat akan dibawa ke klinik untuk rawatan. Bagi mereka yang ingin membelanya, boleh memilih namun kucing berkenaan akan dikuarantin di tempat khas di Pedas selama seminggu bagi memastikan tahap kesihatan terbaik,” katanya.

Khairul Azli berkata, usaha amal itu sudah digerakkan sejak April tahun lalu sebagai tanda keprihatinan terhadap binatang itu.-HM

Elak rapat dengan haiwan, termasuk binatang kesayangan – Pengarah KKM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker