Kematian Nora Anne disebabkan nahas, tiada pihak ketiga terlibat

 

Mahkamah koroner Seremban hari ini memutuskan bahawa kematian remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin disebabkan kecelakaan.

Koroner Maimoonah Aid berkata tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian tersebut yang berlaku pada Ogos 2019 selepas remaja itu hilang dari resort The Dusun di Seremban.

“Selepas mendengar semua bukti yang relevan, saya memutuskan bahawa tiada sesiapa terlibat dalam kematian Nora Anne.

“Kemungkinan besar dia meninggal dunia kerana kecelakaan ketika keluar dari sora house (di Dusun Resort) seorang diri dan kemudian tersesat di kawasan kebun sawit tinggal,” katanya semasa prosing terbuka di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker