Najib sebagai Perdana Menteri sekali lagi?
KETIKA penulis menerima undangan ke pejabat Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah, pelbagai perkara dibincangkan.
Termasuklah perihal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dasar dan pembangunan yang dibawanya ketika mentadbir negara.
Dalam perbualan tersebut, Tengku Razaleigh atau Ku Li mendedahkan beliau mendengar wujud sekumpulan dalam UMNO mahu menonjolkan kembali Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Tidak pasti kenapa atau apa alasannya mahu menonjolkan kembali Ahli Parlimen Pekan itu untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, Ku Li memberitahu perkara itu tidak salah malah semua orang berhak mencadang atau menaikkan tokoh-tokoh yang mereha mahu, begitu juga Najib Razak tidak terkecuali.
Namun, Ku Li mengingatkan kembali beban yang kini dipikul oleh Perdana Menteri keenam itu perlu dibereskan dahulu.
“Saya rasa ini perkara biasa dan banyak orang berminat kepada Najib Razak kerana beliau pernah menjadi Perdana Menteri kita selama hampir sembilan tahun lebih.
“Jadi, tak salahnya mereka mengidam hendak tonjolkan Najib Razak sekali lagi.
“Tetapi kena ingat beliau mempunyai masalah dan perlu mengatasinya terlebih dahulu sebelum dia boleh melayakkan diri untuk menjadi Perdana Menteri semula.
“Tetapi barangkali perkara itu akan diselesaikan, Insya Allah” kata Ku Li.
Tetapi, beliau juga sempat membuat perbandingan antara era pentadbiran pemimpin UMNO terdahulu dengan generasi baharu.
Katanya, sekarang kalau hendak gerakkan sesuatu program mesti dimotivasikan dengan wang, kalau tiada peruntukan sampai ke bawah memang kerja tak jalan.
Berbanding dahulu, kata Ku Li, orang sanggup keluar duit sendiri untuk menggerakkan pelbagai program parti memastikan UMNO terus diminati ramai.
Kemudian katanya lagi, kepimpinan dahulu dan sekarang pun berbeza, beliau mengambil contoh dasar yang dilaksanakan oleh Najib Razak memakan belanja yang sangat besar.
Hal tersebut boleh merisikokan kedudukan kewangan negara dan beliau menzahirkan rasa tidak pasti bagaimana kerajaan boleh tangani impak ekonomi jika Najib Razak masih memerintah.
Namun, Ku Li tidak menafikan jika ada kebaikan kalau Najib Razak diangkat kembali menjadi Perdana Menteri supaya segala pembangunan dan dasarnya dilaksanakan sehingga habis sebelum diserahkan kepada pemimpin seterusnya.
Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting perlu diselesaikan terlebih dahulu adalah kedudukan dan hala tuju UMNO.
“Walau bagaimanapun, saya rasa UMNO sekarang menghadapi banyak masalah. Nombor satu tidak ada hala tuju yang tegas dan tetap.
“Itu merunsingkan semua pihak termasuk akar umbi pun, kerana kita dahulu dapat tahu UMNO sedemikian rupa, tetapi sekarang samar-samar tak tahu mana hendak pergi.
“Sesudah kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018 dan kita tengok UMNO sekarang berpecah, banyak fraction, ada kumpulan itu ada kumpulan ini ada tiga empat fraction.
“Jadi, saya sendiri pun tak tahu mana hendak tuju. Saya ini tidak ada pengikut, saya seorang diri sahaja cuma beri pandangan-padangan yang dikirakan boleh diguna juga,” luahnya. – SM
Pada pandangan saya dan setelah mengimbas kembali dari segi kedudukan ekonomi dan kemajuan projek projek permodenan & pembangunan yang berlangsung di negara Malaysia semasa pentadbiran Datuk Seri Najib, adalah amat ketara sekali.
Dan, jika Datuk Seri diberi peluang kembali untuk mentadbir semula, pada pandangan saya ia akan menstabilkan keadaan ekonomi dan arena politik negara Malaysia.
Memang terbukti beliau seorang yang cerdik yang mempunyai cukup pengetahuan untuk mentadbir negara ini. “GOES WITHOUT SAYING”. Terima Kasih.
Saya sokong dato najib jadi pm malaysia
Saya selamanya sokong DSNR jadi PM semula
Saya jua Sokong Dulu dan Selamanya DSNR menjadi PM Masa kini sabagai Bapa Perjuangan Rakyat Malaysia.