Anwar sedia kerjasama semua pihak kongsi agenda sama



Sebaran :

Anwar: PH sedia kerjasama semua pihak kongsi agenda sama

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian untuk terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja, baik daripada pihak pembangkang, mahupun pihak kerajaan, dengan syarat pihak berkenaan menerima prinsip tatakokelola baik yang dipegang PH.

Perkara itu disampaikan Pengerusi PH Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program Diskusi Santai Presiden PKR di Hotel Tamu Kuala Lumpur.

“Kita (PH) alu-alukan sesiapa saja atau pihak mana sekalipun meski mereka yang berada dalam kerajaan hari ini yang berkongsi wawasan, gagasan dan agenda yang sama,” katanya.



Kata Anwar, PH berpendapat ada baiknya mereka merangkul lebih kekuatan, dan pihaknya juga memang sedang berkomunikasi dengan semua pihak “yang progresif” bagi mendapatkan kerjasama.

Malah, kata Anwar, komunikasi untuk mendapatkan sokongan itu juga masih diteruskan dan bergerak seiring dengan persiapan pilihan raya di pihak PH.

“Kami sedang dalam komunikasi dengan semua pihak dengan prinsip asas dan nilai ini.



“Kami buat dua-dua, jenteri pilihan raya sudah membuat perjumpaan dan menyusun strategi, dan pada masa sama, kami meneruskan dengan usaha kami (mendapatkan sokongan). Saya tak boleh cakap lebih daripada ini.

“Ia serampang dua mata,” katanya lagi dalam sidang media selepas itu.

Tambah Anwar, keadaan “tidak menentu” dalam Umno juga menjadi faktor pertimbangan PH.



“Keadaan kini sangat tak menentu, apabila pemimpin-pemimpin Umno termasuk ahli parlimen (ada yang) mencadangkan menarik diri daripada PN, atau tak bersedia bekerja dengan Bersatu.

“Kerajaan bukan lagi rapuh, tapi mungkin jatuh. Saya rasa kita mesti pertimbangkan itu juga,” katanya lagi.

Anwar mendakwa memiliki sokongan majoriti yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin pada 23 Sep lalu, malah ia disebut-sebut sehinggalah perbahasan Belanjawan 2021 pada sidang Dewan Rakyat lalu.



Di sebalik spekulasi kencang bahawa belanjawan itu bakal ditolak di peringkat dasar menerusi undi belah bahagi oleh pembangkang dan dikatakan bakal dibantu oleh ahli parlimen kerajaan yang berpaling tadah, ia sebaliknya diluluskan hanya menerusi undian suara.

Kerajaan juga menang semua undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga, dengan undian paling rapat dicatatkan semasa bacaan ketiga yang menyaksikan 111 ahli parlimen menyokong, 108 menolak belanjawan.

Baru-baru ini pula, terdapat khbar angin yang menyatakan Anwar mendapat 113 akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan sokongan majoriti dimilikinya.



Bagaimanapun, beberapa pemimpn Umno yang dikatakan menandatangani SD itu telah menafikan dakwaan berkenaan.

Malah, Setiausaha Agung BN Annuar Musa semalam menegaskan pendirian Umno masih sama dan tidak pernah berubah, iaitu “No DAP No Anwar” –  tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP mahupun


Sebaran :


Leave a Reply