Keliru? Rupanya Salah Seorang Finalis ‘Miss Universe Nepal’ Ini Adalah Transgender
Salah seorang finalis di Miss Universe Nepal tahun ini melakar sejarah ketika malam kemuncak pertandingan pencarian Ratu Cantik Nepal bagi tahun 2020.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=76yYZzXYVCQ[/embedyt]
Dipetik dari NextShark, Angel Lama, wanita transgender pertama yang menjadi finalis dalam pertandingan ini, bersaing dengan 17 peserta lain untuk berpeluang mewakili Nepal dalam Miss Universe Pageant global.
“Saya menyertai Miss Universe Nepal untuk menunjukkan kepelbagaian orang dalam masyarakat,” kata finalis berusia 21 tahun itu. “Sekiranya saya berdiri di atas pentas dan mempamerkan ini, ia merupakan mahkota terbesar yang pernah ada.”
Angel Lama teringat masa kecil di mana dia akan bergaul dengan gadis-gadis dan bermain dengan barbie. Dia masih ingat sering diganggu oleh budak lelaki di sekolah menengah, menyebabkan dia berhenti sekolah.
“Saya susah untuk berkawan, dan orang mula memanggil saya seorang introvert. Namun semakin lama, saya berjaya membuang sikap suka mengasingkan diri itu setelah habis pegajian,” katanya.
Pada usia 16 tahun, Angel Lama bekerja keras untuk membantu membayar hutang perubatan ibunya yang menjalani pembedahan. Walaubagaimanapun, seseorang telah membantunya melanjutkan pelajaran ke Sarjana Muda Sains Pergigian di Kathmandu, di mana dia memulakan kehidupan baru setelah perceraian ibu bapanya.
Angel Lama yang bekerja untuk komuniti hak asasi LGBT + Blue Diamond Society memenangi pertandingan LGBT + pada tahun 2018 dan dinobatkan sebagai Miss Pink Nepal. Keluarganya pada mulanya tidak menerimanya sebagai wanita transgender, tetapi mereka akhirnya menerima setelah dia memenangi pertandingan itu.
Kini terdapat kurang 12 negara di dunia yang menerima peserta transgender dalam pertandingan ratu cantik.
Di Asia, hanya Myanmar dan Mongolia yang sebelumnya mengizinkan wanita transgender untuk turut serta.-Murai
Isu transgender: Kerajaan bertanggungjawab cegah kemungkaran
You must be logged in to post a comment.