Pikat hati pengundi dengan fakta, bukan naratif fitnah

Pikat hati pengundi dengan fakta, bukan naratif fitnah

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dirasai kini apabila majoriti parti bakal bertanding menurunkan sebahagian besar pemimpin utamanya dalam kempen bagi menyampaikan ceramah kepada penduduk sebagai usaha memancing undi.

Lazimnya, dalam tempoh kempen antara isu atau topik paling banyak dicanangkan adalah berkaitan manifesto atau janji akan dilaksanakan parti sekiranya mencapai kemenangan majoriti.

Selain itu, isu dibangkitkan sudah pasti perjuangan berkenaan isu penduduk setempat, di samping berkongsi pencapaian parti sepanjang pemerintahan semasa atau sebelumnya.

Kritikan terhadap parti lawan adalah perkara kerap dilakukan penceramah ketika kempen dan seperti sudah menjadi norma pilihan raya. Kempen seperti ini hanya hendak menunjukkan kelemahan lawan, sekali gus menyebabkan rakyat berfikir banyak sebelum mengundi parti atau calon bertanding.

Bagaimanapun, perkara tidak baik dalam kebanyakan kempen pilihan raya adalah apabila wujud cerita atau berita direka bagi menjatuhkan calon dan parti lawan, sekali gus mewujudkan persepsi negatif terhadap individu bertanding.

Senario ini antara satu isu tidak boleh dipandang remeh kerana menyentuh dan memburukkan imej, reputasi serta kredibiliti dibawa seseorang calon dan parti bertanding.

Bayangkan, apa yang disampaikan itu tidak benar dan dikategori sebagai fitnah, ia bukan sekadar memberikan impak kepada situasi sedia ada, iaitu penarikan sokongan, bahkan bakal memberikan impak dalam tempoh jangka masa panjang kepada calon dan parti.

Ironinya, fitnah sama pula sering dikitar semula bagi ‘meracun’ pemikiran pengundi sehingga tertanam di minda mereka isu pernah digembar-gemburkan lawan sebelumnya sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada parti dan pemimpin menjadi calon.

Kempen wadah sampaikan perubahan

Orang politik sebenarnya tahu kempen politik adalah wadah bagi calon menyampaikan perubahan, pembangunan dan kemajuan ingin dibawa di kawasan setempat sekiranya mereka menang dan menjadi wakil rakyat.

Ia bukan platform penyebaran fitnah dan kritikan tidak benar, bahkan bukan medium menghasut rakyat bagi membenci calon atau sesebuah parti.

Hanya apa yang berlaku ini, orang politik amat terdesak untuk meraih kemenangan dan sokongan pengundi, lalu mendorong mereka berkempen secara semberono asalkan mencapai matlamat memenangi pilihan raya.

Pada dasarnya, kempen politik secara sihat mencerminkan penghormatan terhadap sistem demokrasi. Kemenangan dicapai melalui persaingan sihat dan pemilihan secara terhormat menjadi simbolik sistem demokrasi dijunjung tinggi.

Dalam era teknologi media dan komunikasi canggih hari ini apatah lagi dengan wujudnya pelbagai media sosial, cabaran untuk menghentikan fitnah sememangnya bukan sesuatu hal mudah.

Namun, ia boleh dikurangkan dan dihentikan sekiranya setiap parti dan calon masing-masing mengambil peranan secara holistik menerap tata kelola kempen murni dan harmoni.

Prinsip menolak kempen berunsur kebencian dan kritikan melampau terhadap parti lawan harus sentiasa dipegang serta digantikan dengan hujah matang, relevan serta profesional. Kaedah ini lebih sesuai untuk menarik sokongan pengundi dan mewujudkan amalan politik matang serta sejahtera.

Pencerahan melalui penerangan secara profesional berkenaan isu dibangkitkan rakyat terhadap parti serta kerajaan turut boleh menjadi pemikat pengundi. Ini amalan yang patut dimulakan dan disuburkan setiap parti dan orang politik ketika kempen pilihan raya.

Penggunaan kaedah menyalahkan antara satu sama lain sesama ahli politik bukan penyelesaian, tetapi menunjukkan ketiadaan kematangan dalam berpolitik. Ini harus disedari orang politik. BH

Pikat hati pengundi dengan fakta, bukan naratif fitnah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker