Anwar pilihan PM ke-9 PH tapi bukan faktor kemenangan

Meskipun Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan besar ditubuhkan, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berpendapat ia tidak semestinya menjanjikan kemenangan untuk pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Ini kerana menurutnya terdapat ramai pemimpin dalam gabungan itu nanti yang dapat membantu kemenangan pembangkang seperti Presiden Warisan Shafie Apdal dan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.

“Semestinya Anwar dalam perjanjian PH dia memang (dinamakan) sebagai calon PM, tetapi maknanya itu bukan faktor satu-satunya yang menjamin kemenangan kita (pembangkang).

“Dalam PH ada ramai pemimpin, ramai lagi second tier (lapisan kedua) yang boleh bantu dan peranan kita sebagai pemimpin dalam PH ini adalah untuk membantu menguatkan gabungan itu,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.



Dia berkata demikian ketika ditanya adakah faktor kemenangan PH pada PRU15 akan tertumpu kepada Anwar.

“Dalam PH ramai pemimpin yang boleh bantu. Dan peranan kita dalam PH ni adalah untuk membantu kemenangan PH termasuklah tokoh-tokoh yang ada dalam Pejuang Mukhriz dan Shafie Apdal dalam Warisan.

“…tapi kekuatan pemimpin second tier adalah yang akan complement kepada kejayaan kita,” katanya.



Ahli Parlimen Pulai itu berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataannya dalam rancangan bual bicara Astro Awani semalam, mengenai calon perdana menteri yang akan diletakkan dalam gabungan besar itu.

“Saya nak sebut dalam perjanjian PH iaitu kita dah namakan Anwar sebagai PM yang kesembilan. Kalau PH dulu dia kelapan dan itu yang kita muktamadkan dalam PH.

“Jadi Amanah kita pegang dalam janji seperti Nabi S.A.W janji dalam (Perjanjian) Hudaibiyah walaupun bukan dengan orang Islam itu, ada janji yang kita kena tunaikan,” katanya dalam bual bicara tersebut.

Untuk rekod, PH telah memutuskan Anwar yang juga Presiden PKR dijanjikan akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri selepas PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU14, walaupun tiada sebarang tarikh tertentu berhubung peralihan kuasa tersebut.



Bagaimanapun, ia tidak dapat direalisasikan apabila PH tumbang melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu sehingga membentuk kerajaan baru – Perikatan Nasional dan secara tidak langsung meafikan jawatan perdana menteri kelapan untuk Anwar. MK

Gabungan Besar pembangkang pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker