Video LUC4H Selebriti, Polis Jakarta Namakan Dua Suspek

Penyanyi Indonesia, Gisella Anastasia (kanan) mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial tidak lama dulu itu. - Foto ihsan Liputan6.com
Penyanyi Indonesia, Gisella Anastasia (kanan) mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial tidak lama dulu itu. – Foto ihsan Liputan6.com

JAKARTA: Polis Indonesia menamakan seorang wanita dan lelaki disyaki terbabit dalam kes video lucah selebriti kerana didakwa melanggar Akta Pornografi 2008, meskipun aktivis menggesa hak peribadi mereka dilindungi.

Wanita itu hanya dikenali dengan singkatan GA manakala lelaki sebagai MYD, dinamakan sebagai suspek kes itu semalam,” kata jurucakap Polis Jakarta, Yusri Yunus.

“Berdasarkan pendedahan kes yang kami lakukan Isnin lalu, kami menukar status saksi kepada suspek dan mereka akan dipanggil bagi memberi keterangan pada 4 Januari ini.

“Kedua-dua suspek dalam soal siasat awal yang dijalankan secara berasingan mengakui kepada polis bahawa mereka adalah orang dalam video itu,” katanya seperti yang dilaporkan tribunnews.com.

Bulan lalu, polis menamakan dua suspek dalam kes itu, yang hanya dikenali sebagai PP dan MN, kerana disyaki menyebarkan video itu di media sosial.

GA sebelum ini disoal siasat dua kali sebagai saksi dalam kes itu kerana disyaki menjadi salah seorang pelaku bersama MYD dalam video yang viral di media sosial bulan lalu.

Kedua-dua suspek GA dan MYD didakwa mengikut Artikel 4,29 dan 8 Akta Pornografi 2008, yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi.

Ia menjadi kontroversi kerana membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun jika bersabit kesalahan.

Yusri berkata, penyiasat sudah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kepada pendakwa raya untuk kes dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, Kompas melaporkan bahawa penyanyi Indonesia, Gisella Anastasia, mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial tidak lama dulu itu.

Perkara terbabit disahkan oleh pihak polis selepas peserta Indonesian Idol musim kelima itu membuat pengakuan bahawa video berkenaan atau yang tersebar di media sosial adalah dirinya sendiri, ketika siasatan dilakukan.

Polis berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan, Indonesia ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada pelakon, Gading Marten.

Gading dan Gisella berkahwin pada 2013 serta mempunyai seorang anak tetapi pasangan itu bercerai pada Januari 2019.

Polis berkata, pengakuan Gisella itu turut mengesahkan keputusan ujian pakar forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker