Kecantikan Marissa bikin ramai cair

“Tak kisahlah orang nak komen apa, dia memang lawa.”

Itu antara komen netizen mengenai kecantikan dan penampilan anak kedua kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim ketika membuat penampilan sebagai model sebuah jenama fesyen tempatan untuk koleksi Aidilfitri, baru-baru ini.

Malah kemunculan Marissa, 19, pada acara itu menjadi tumpuan tetamu yang hadir hingga menjadi bualan netizen di semua platform media sosial.



Kebanyakan pengikut mengatakan kecantikan semula jadi yang dimiliki pempengaruh itu diwarisi daripada ibunya ketika di awal kemunculan sebagai penyanyi dalam kumpulan Elite.

Bagaimanapun, segelintir netizen menyindir komen yang memuji Marissa seolah-olah merestui perbuatannya yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.

“Untung jadi orang cantik. Buat apa pun orang terima je, ” tulis seorang netizen.

“Kau cantik, kau lepas. This real Malaysia guys (Inilah realiti orang Malaysia),” kongsi seorang lagi warganet.



Dalam pada itu, selepas tular mengenai berita perkahwinannya bersama Aslam, Marissa mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram.

Terdahulu didedahkan anak kepada pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Pendedahan yang dibuat turut disahkan Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan, hari ini.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.



Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker