Muafakat Nasional tidak dapat didaftar, nama telah diguna pihak lain – Mohd Amar
KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) menghadapi masalah dalam proses pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Perkara itu didedahkan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Rabu.
Jelasnya, usaha untuk mendaftarkan MN tidak dapat dibuat kerana nama berkenaan telah digunakan oleh pihak lain.
“Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk daftarkan, tetapi tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna.
“Nama (MN) itu sudah ada dalam (rekod) pendaftaran ROS (JPPM)… tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan. Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Amar berkata, belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama berkenaan buat masa ini.
“Setakat ini belum ada (cadangan), jadi kita berjalan dengan kekalkan nama MN tetapi tidak didaftarkan,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pendaftaran MN akan memakan masa bagi memberi ruang pimpinan gabungan itu menyelesaikan kerja prapendaftaran.
Mohd Amar: PAS tidak ke mana tanpa Umno dan PPBM
You must be logged in to post a comment.