Hadi Awang cuba diheret ke mahkamah berhubung kenyataan hasutan
USAHA untuk mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di mahkamah sedang giat diusahakan berikutan satu kenyataan hasutan dikeluarkan.
Abdul Hadi sebelum ini dikatakan membuat satu kenyataan berbaur hasutan terhadap masyarakat Krisitan.
Susulan itu, wujud kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menfailkan tindakan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi.
23 Januari nanti, Mahkamah Tinggi menetapkan pengurusan kes melibatkan Ahli Parlimen Marang itu selepas saman difailakn oleh dua orang warga Sabah.
Mereka dikatakan mahu Peguam Negara mendakwa Abdul Hadi kerana menghasut.
Oleh demikian, Peguam, R. Kengadharan, dilantik mewakili Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian memaklumkan tarik tersebut ditentukan pendaftar mahkaman pada minggu lepas.
Justeru, katanya, satu surat kuasa di hantar ke ibu pejabat PAS dan Peguam Negara pada 14 Dis dan mendakwa litigasi ini berkepentingan awam.
Maklin dan Lawrence dilapor memohon mahkamah mengisytiharkan Hadi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Hasutan dan juga tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Saman tersebut juga, mereka mendakwa Hadi membuat kenyataan hasutan dalam akhbar Harakah pada 18 Jan 2016 terhadap orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian.
“Kami dengan hormat percaya defendan membuat kenyataan yang tidak berasas dan memburukkan orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian.
“Sudah lebih empat tahun sejak defendan (Hadi) mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak ada pendakwaan terhadapnya,” kata Maklin dan Lawrence. SM
You must be logged in to post a comment.