Nak tawan PRU15? BN perlu kikis sikap ‘aku lebih hebat’, kata Annuar
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa mengingatkan gabungan itu supaya membawa pemikiran baru dan mengikis sikap “lebih hebat dari orang lain” jika mahu menawan semula pilihan raya umum akan datang.
“PRU15 perlu pemikiran baru. Jika BN kekal dengan ‘superiority complex’ dan ego lama, ia bakal menemui jalan sukar,” katanya di Twitter.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengingatkan akar umbi dan pemimpin parti komponen senario politik PRU15 tidak sama seperti sebelumnya.
“Waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup. Itu pun BN tewas,” katanya.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberi bayangan, PRU15 dijangka diadakan pada bila-bila masa selepas wabak COVID-19 dapat dikawal dengan kemasukan vaksin peringkat pertama pada suku pertama tahun depan. FMT
https://mykmu.net/2017/03/22/ada-tok-lebai-nak-tawan-selangor-kata-azmin/