Jangan bimbang termakan daging haram – Ahmad Dusuki

Jika didengar penjelasan salah seorang ulama terkenal PAS, orang Islam di negara ini tidak perlu lagi berasa gusar kalau-kalau termakan daging haram yang diimport.

Bahkan, kata Ahmad Dusuki Abd Rani, hal itu “tidak menjadi masalah” lagi kerana beberapa sebab.

Melalui penjelasan yang diberikan Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu, dia berkata isu daging haram yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah hal yang sudah lepas.

“Kita tak tahu (pada masa itu) halalkah (atau) haram tapi dah masuk dalam tubuh badan kita, maka itu menjadi perkara yang dipanggil (hal) dah lepas, tak perlu untuk kita cari dan cungkil kembali,” katanya dalam satu hantaran berbentuk video pendek di media sosial hari ini.



Tambah Ahmad Dusuki jika daging tersebut memang diketahui haram, maka memang Islam melarang umatnya untuk memakan bahan tersebut atau berdepan dengan seksaan neraka.

“Jadi, kalau yang dah lepas-lepas, tak jadi masalah, cuma kita diajar supaya beristighfar dan bertaubat kepada Allah,” katanya.

Baca Dusuki syukur prestasi Tabung Haji

Isu kartel daging haram yang didedahkan baru-baru ini mengejutkan banyak pihak dan disusuli pula dengan satu pihak menuding jari kepada pihak lain.



Kegiatan itu – yang berselindung di sebalik pensijilan ‘halal’ pihak berkuasa agama – dilaporkan berlaku sejak berpuluh tahun silam.

Ia mendorong perhatian orang ramai tertumpu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertanggungjawab dalam kuasa memberikan sijil halal dalam negara ini.

Untuk rekod Jakim terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang kini diketuai bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad serta timbalannya Ahmad Marzuk Shaary yang juga ahli parlimen PAS dari kawasan Pengkalan Chepa.

Ahmad Dusuki yang juga kini menjadi yang dipertua PAS Shah Alam berkata sesetengah ulama dulu pula mempunyai kaedah agar daging haram yang masuk ke badan mereka boleh “dineutralkan” dengan cara tersendiri.



“Ada sesetengah orang alim ulama, dia baca ayat-ayat al-Quran untuk menjadikan neutral balik benda-benda yang haram tadi.

“Dia baca, banyakkan zikir dan sebagainya… (jadi) tak ada masalah, jangan bimbang,” katanya. Mk

Saya maafkan semua – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker