16 langgar PKPB ketika berhibur pada malam Krismas dikompaun RM1,000

16 individu dikompaun RM 1,000 selepas didapati melanggar SOP PKPB di sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam tadi. (Gambar IPD KK)

KOTA KINABALU: Polis mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap 16 individu kerana melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Lintas Plaza, dekat sini, malam tadi.

Serbuan ke atas pusat hiburan berkenaan dibuat pada jam 11.45 oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan pemantauan Op Covid-19 di sekitar bandar raya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, ketika serbuan, pihaknya mendapati premis berkenaan sedang beroperasi dengan sekumpulan individu sedang berhibur.

Katanya, pasukan polis menahan 10 lelaki dan enam wanita berusia antara 21 hingga 36 tahun untuk pemeriksaan dan proses dokumentasi selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.



Langgar PKPP: Parti liar di Georgetown, 8 wanita untuk 34 lelaki ditahan

“Mereka yang dikompaun didapati melakukan kesalahan di bawahPeraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Operasi ini dibuat kerana kerajaan masih melaksanakan PKPB dan masyarakat hendaklah mematuhi SOP yang dikuatkuasakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Habibi berkata, ujian air kencing turut dijalankan terhadap enam lelaki di premis berkenaan, namun kesemuanya didapati negatif dadah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker