SPRM Sahkan Whatsapp “Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia” Palsu

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk “Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia” adalah palsu dan tidak benar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SPRM berkata perkara tersebut adalah fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu.

“Menerusi maklumat pengguna yang menggunakan nama penulis sebagai Muhammad Fauzan bin Jamil, SPRM menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebarluas pihak tertentu,” menurut kenyataan itu.



Bagaimanapun penama tersebut menjelaskan tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya.

Justeru, beliau akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

SPRM memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej suruhanjaya itu dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut. Awani



Guling Najib Razak: “Bukan 2015, Tetapi Lebih Awal, iaitu 2014”


Sebaran :

Leave a Reply