Agong hargai hasrat UAE sumbang vaksin Covid-19

Terkini di My KMU !!!!---->

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berterima kasih kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu atas hasratnya menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia bagi tujuan kajian klinikal di dalam negara.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, Sultan Abdullah dalam rangka lawatannya ke UAE, berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohamed Al Owais di Istana Emirates, semalam.

“Sultan Abdullah berkenan membincangkan hasrat UAE menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia yang antara lain bagi tujuan kajian klinikal di negara ini. Sultan Abdullah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Abdul Rahman dan kerajaan UAE atas hasrat tersebut,” katanya.

Sultan Abdullah berkata beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal di Malaysia, khususnya menerusi Pusat Penyelidikan Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal dan Bahagian Regulatori Farmasi negara, sebelum sebarang vaksin diterima masuk ke Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung selama 45 minit itu antara program sempena lawatan khas 5 hari Sultan Abdullah ke Abu Dhabi, UAE.

“Sultan Abdullah turut berkenan melakukan kunjungan mesra terhadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di kediaman rasminya pada 22 Disember,” katanya.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, UAE merancang untuk menghadiahkan 500,000 dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia dan ia adalah inisiatif antara kerajaan (G2G).

Khairy tidak boleh memberikan butiran lanjut tentang syarikat farmaseutikal yang menghasilkan vaksin itu, tetapi berkata ia masih perlu diluluskan pihak berkuasa Malaysia terlebih dahulu.

Bezanya Turki dengan UAE

Leave a Reply