Pemimpin DAP desak Mahathir-Anwar berbaik semula untuk tawan balik Putrajaya

Seorang pemimpin kanan DAP hari ini menggesa Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim meleraikan perbezaan mereka demi memastikan misi pembangkang menawan semula Putrajaya tidak tinggal sebagai “angan-angan Mat Jenin.”

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berkata pembangkang tidak mungkin menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin selagi tidak bersatu sebagai satu saf.

“Selagi pembangkang tidak bersatu, hasrat mereka menawan semula Putrajaya akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin,” kata beliau.

Ramasamy berkata pertikaian antara bekas perdana menteri Mahathir yang juga pengasas Pejuang dan Anwar yang menerajui Pakatan Harapan, harus diatasi demi memperkuatkan pembangkang.

“Mungkin ia kelihatan mustahil (Mahathir dan Anwar bersatu kembali) tetapi mana ada cara lain untuk mencabar kerajaan Muhyiddin yang merampas kuasa ikut pintu belakang,” kata Ramasamy.

Penyokong Mahathir dan Anwar kini saling menuduh sebagai bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaan PH Mei lalu yang menyaksikan PN menawan Putrajaya dengan sokongan majoriti tipis Ahli Parlimen.

Para penganalisis berkata percakaran Mahathir dan Anwar yang juga ketua pembangkang dan presiden PKR, adalah faktor utama yang mengekang keupayaan pembangkang menjatuhkan Muhyiddin.

Ramasany berkata Mahathir, Anwar dan pemimpin pembangkang lain harus duduk semeja dalam mesyuarat tertutup untuk mencari titik persefahaman dalam menentukan hala tuju blok pembangkang.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Ramasamy juga berkata pemimpin tertentu juga harus memohon maaf atas keterlanjuran lalu agar “permulaan baharu” boleh dibuat.

“Pembangkang harus telus mengenai punca ia kehillangan kuasa selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 dan siapa yang bertanggungjawab atas musibah ini.

“Kita mesti menyakinkan rakyat bahawa apa yang telah berlaku, tidak akan berulang,” kata Ramasamy. FMT

https://mykmu.net/2017/07/03/ramasamy-antara-sebab-mahathir-gelar-dap-parti-rasis-dulu-kini-selamanya/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker