KJ jemput Kit Siang datang sidang media esok

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu berkaitan program vaksin Covid-19 di Malaysia, esok.

Dalam ciapannya di Twitter hari ini, Khairy turut mempelawa Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk menghadiri sidang media berkenaan.

“Berikut adalah butiran berhubung vaksin-vaksin yang berada dalam portfolio kerajaan seperti mana yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya akan mengadakan sidang media di MOSTI selepas mesyuarat Kabinet bagi memberi penjelasan lanjut kepada orang awam.

“Lim Kit Siang dijemput hadir,” katanya.

Semalam, Kit Siang mempersoalkan keputusan kerajaan yang memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin kepada 6.4 juta rakyat Malaysia.

Pemimpin veteran DAP itu membuat perbandingan dengan kenyataan seorang menteri dari Belgium yang mendakwa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.


Dalam pada itu, butiran maklumat vaksin yang dikongsikan oleh Khairy melalui Twitternya menunjukkan, vaksin keluaran Pfizer (Amerika Syarikat) mempunyai tahap keberkesanan interim sebanyak 95 peratus berbanding The Gamaleya National Centre (Rusia) iaitu 91.4 peratus dan AstraZeneca (United Kingdom) iaitu 60 peratus-90 peratus.

Dua lagi syarikat pengeluar vaksin dari China iaitu Sinovac dan CanSinoBio masih belum mengumumkan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 ciptaan mereka.

Bagaimanapun, menurut data tersebut, vaksin keluaran Pfizer perlu disimpan di dalam suhu -70 celsius dan vaksin keluaran Rusia memerlukan suhu penyimpanan -20 celsius.

Vaksin-vaksin keluaran tiga syarikat lain iaitu AstraZeneca, Sinovac dan CanSinoBio perlu disimpan dalam suhu di antara 2-8 celsius. MG

Kos vaksin Kit Siang paling murah di dunia – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker