Khalid beri isyarat kepada Anwar

Pembangkang perlu henti urusan dengan pendokong politik khianat

PARTI-parti politik pembangkang perlu menghentikan segala urusan dengan golongan pembawa atau pendokong politik khianat.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, jangan kerana inginkan sokongan dari kumpulan itu menyebabkan parti-parti pembangkang berpecah.

“Adalah amat penting untuk semua memahami bahawa sokongan dari golongan pembawa atau pendokong politik khianat punya percaturan politik yang licik dengan tujuan akhirnya memecahbelahkan pembangkang.



“Oleh itu, segala urusan dengan mereka wajar dihentikan segera. Amat mustahak untuk 108 Ahli Parlimen pembangkang memperkukuhkan kesepaduan setiakawan kita dengan mempertegaskan kembali asas dan matlamat kita bersama dahulu, sekaligus menggamit sokongan rakyat kembali.

“Ia akan menjadi kerjasama PH Plus ini sebuah pasukan kuat memacu poltik masa depan negara,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 20 Disember lalu yang menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan dan meningkatkan kerjasama dalam parti-parti pembangkang yang lain.

Khalid berkata, menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan sebagai gabungan terbesar di antara parti pembangkang untuk memimpin dan mengendalikan kerjasama sesama mereka secara berhemah dan berkesan.



Jelas beliau, sememangnya sukar untuk pembangkang yang terdiri dari beberapa parti yang mempunyai asas perjuangan yang berbeza untuk mewujudkan politik gabungan atau ‘grand coaltion kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran.

Tegas Khalid, setiap parti pembangkang perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain dan segala keputusan yang memerlukan persetujuan bersama perlu diusahakan dengan jujur dan ikhlas.

“Amanah menyeru pembangkang untuk bersama dalam usaha membina satu ‘Grand Coalition’ antara semua pembangkang yang berasaskan mandat lalu ia itu penolakan terhadap kleptokrasi, perkauman, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Pada masa sama Amanah turut komited kepada nilai-nilai amanah, ketelusan, pertanggungjawaban serta keadilan yang selaras dengan tuntutan Islam.



“Untuk PRU 15 yang bakal diadakan, biarlah golongan politik khianat ini terpaksa berhadapan dengan ‘Grand Coalition’ pimpinan PH yang jitu dan mantap, yang berpaksikan politik nilai, jujur, beramanah serta bebas rasuah and bebas khianat,” kata Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, jumlah 108 ahli Parlimen pembangkang sudah cukup untuk menjadi asas yang kukuh untuk mewujudkan barisan pembangkang yang mantap dan berwibawa. -SM

Isyarat Zahid Supaya PRU Diadakan Segera, Bukan Sokong Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker