Suami isteri maut kereta bertembung

RAUB: Sepasang suami isteri terbunuh manakala dua yang lain cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 329 Jalan Raub-Tersang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu mangsa, Azizan Ismail, 60, yang memandu Perodua Myvi bersama isterinya, Che Norzihan Mohd Nor, 51, dari Felda Tersang, maut di tempat kejadian selepas bertembung dengan kereta Proton Alza.

Pemandu Perodua Alza, Mohd Azlan Ibrahim, 34, dan anak perempuannya, Nur Qayrina Amani Mohd Azlan yang berusia dua tahun, patah kakinya manakala isterinya, Wan NorulfaizahWan Mamat 30 tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed, berkata siasatan awal menunjukkan, kemalangan berlaku apabila tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Alza yang datang dari arah Raub, tergelincir di bahu jalan sehingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan.



“Akibatnya, kereta itu bertembung dengan Perodua Myvi yang datang dari arah Tersang,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, anggota bomba dari stesen Sungai Koyan dikerahkan ke tempat kejadian.

“Anggota bomba mengeluarkan dua mayat dari Perodua Myvi berkenaan manakala mangsa yang cedera diselamatkan oleh orang awam sebelum mereka dihantar ke Hospital Raub,” katanya. BH



Pemandu Myvi Rempuh Kereta Anggota TLDM semalam Disahkan Positif Dadah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker