Bank Islam diiktiraf Bank Runcit Islam Paling Kukuh

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dinobatkan sebagai Bank Runcit Islam Paling Kukuh di Malaysia untuk tahun 2020 oleh Cambridge International Financial Advisory (Cambridge IFA) di Anugerah Perbankan Runcit Islam ke-6 2020 yang diadakan secara dalam talian pada 15 Disember lalu.

Ia merupakan kedua Bank Islam menerima anugerah ini sejak tahun 2015.

Keputusan pemenang anugerah adalah berdasarkan kajian kecekapan perbankan Islam yang dijalankan oleh Cambridge IFA, yang menilai lebih daripada 130 bank runcit Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, bank itu berbesar hati dan bersyukur menerima penghargaan berprestij ini kerana ia mengiktiraf komitmen padu Bank Islam dalam memenuhi harapan pelanggan.



Ia juga mengiktiraf fokus berterusan bank tersebut dalam menyediakan penyelesaian kewangan dan perbankan patuh Syariah yang komprehensif dan inovatif.

”Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, Bank Islam telah menetapkan asas untuk membangunkan sistem perbankan Islam yang kukuh dan menghasilkan profesional dalam industri ini.

”Bermula dengan hanya 30 kakitangan dan empat cawangan, Bank Islam berkembang kepada 144 cawangan dengan lebih daripada 4,600 kakitangan hari ini. Ini tidak mungkin dicapai tanpa kepercayaan dan dorongan yang diterima daripada pemegang taruh kami, terutamanya lebih daripada 4.3 juta pelanggan kami di Malaysia,” katanya. MG

Bank Islam sedia bantu pelanggan selepas moratorium tamat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker