Ronaldo kecewa tak menang

Zurich: Cristiano Ronaldo tidak dapat menyembunyikan wajah kecewanya selepas tidak memenangi anugerah pemain terbaik FIFA.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu memenangi anugerah berkenaan pada 2016 dan 2017.

Bagaimanapun Ronaldo terpaksa menunggu lagi untuk memenangi anugerah itu buat kali ketiga.

Pada 2018, bekas bintang Real Madrid itu tewas kepada Luka Modric manakala Lionel Messi menewaskannya pada tahun lalu.

Robert Lewandowski memenangi anugerah itu selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Bayern Munich.

Bintang Poland berusia 32 tahun itu menjaringkan 60 gol sepanjang 52 perlawanan ketika dunia berdepan pandemik Covid-19.

Lewandowski membantu Bayern Munich meraih gelaran treble termasuk kejuaraan Bundesliga dan memenangi Liga Juara-Juara.

Di sebalik menyedari Lewandowski pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, Ronaldo dilihat masih tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Ronaldo komen video skill bola TMJ (video).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker