Tentera laut AS akan ‘lebih tegas’ tangani China di Pasifik

WASHINGTON: Tentera AS semalam memberi amaran kapal perangnya akan bertindak balas “lebih tegas” terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa, memetik khusus sikap Beijing yang dilihat berusaha mengembangkan kuasanya di Laut China Selatan.

Dalam dokumen yang menyatakan objektif tentera laut, marin, dan pengawal pantai AS untuk beberapa tahun akan datang, Pentagon menegaskan beberapa negara terutama Rusia serta China “mencabar keseimbangan kuasa di wilayah penting seterusnya mampu menjejaskan tatacara masyarakat dunia.”

“Pasukan tentera laut kami berinteraksi dengan kapal tempur dan pesawat China serta Rusia setiap hari,” kata dokumen itu, yang turut menarik perhatian terhadap “sikap semakin agresif” ditunjukkan dua negara itu, terutama China yang dianggap “ancaman strategik jangka panjang paling mendesak”.

Kejadian terbaru antara tentera laut AS dan China berlaku pada lewat Ogos, apabila Beijing mengusir kapal perang Amerika dari kawasan dipertikaikan di gugusan kepulauan Paracel.

Apa yang kita perlu tahu mengenai tuntutan Malaysia di Laut China Selatan

Kuasa besar Asia itu mendakwa memiliki semua pulau di Laut China Selatan, namun dipertikaikan negara lain di rantau berkenaan termasuk Vietnam, Malaysia, Filipina, serta Brunei.

Sebagai balasan, AS lebih kerap menghantar kapalnya ke rantau itu untuk melakukan apa digelarnya sebagai “operasi kebebasan navigasi”.

Untuk mengekalkan kelebihan strategik terhadap tentera laut China – yang didakwa berkembang tiga kali ganda dalam tempoh dua dekad – tentera laut AS merancang kemodenan melalui kapal yang lebih kecil, tangkas malah boleh dikemudikan secara kawalan jauh.

Kapal AS juga akan “menerima risiko taktikal terancang selain lebih asertif dalam operasi seharian kami,” kata kenyataan itu.

Laksamana Muda Jay Bynum berkata ini bererti tentera laut akan “lebih responsif, lebih asertif.”

“Sebelum ini kami bertindak mengelak ketegangan dan mengurangkan risiko kontak,” katanya.

Dokumen Pentagon itu menggariskan tentera laut AS juga akan lebih dilihat di Pasifik di mana “perbuatan saingan kami akan dikesan dan direkodkan sekiranya melanggar undang-undang antarabangsa, mencuri sumber, dan melanggar kedaulatan negara lain.”

Thailand kaji hubungkan Lautan Hindi, Pasifik, pintas Selat Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker