Perbicaraan kes rasuah Guan Eng, isteri dan sekutu ditangguh 2 bulan lagi

Perbicaraan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, dan rakan, Phang Li Koon, ditangguhkan dua bulan lagi.

Ia susulan keputusan mahkamah membenarkan lanjutan selama dua bulan pada Okt bagi memberi lebih masa kepada defendan untuk meneliti banyak dokumen.

Lim, Chew, dan Phang sebelum ini didakwa menerima rasuah berhubung projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.

Mereka mengaku tidak bersalah.



Powered by Streamlyn

Di Mahkamah Sesyen hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim berkata, permohonan lanjutan baharu dibuat oleh pihak pendakwa bagi membolehkannya mengemukakan lima lagi dokumen.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran dokumen tersebut.

Lanjutan itu juga bagi membolehkan pihak pendakwa mencetak semua dokumen yang dikemukakan setakat ini, seperti diminta oleh pihak defendan.



Dokumen berkenaan sebelum ini dikemukakan dalam bentuk cakera padat.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

RSN Rayer mewakili Lim dan Chew, manakala Ruebankumar Asokan mewakili Phang.

Pada 11 Ogos, mereka dituduh atas kesalahan berkait wang hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke akaun bank milik Chew bagi memastikan suatu projek asrama dianugerahkan kepada syarikat tertentu.



Mereka dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker