Ini 6 Tempat Bubur Berlauk Yang Sedap & Murah Di Lembah Klang. Korang Mesti Try!
Mood nak makan bubur ni bila-bila masa je akan muncul, bukan masa sakit je… Kadang malas nak makan pun, terfikir nak makan bubur!
Image via GIPHY
Hmm, mana nak dapat bubur yang sedap pastu banyak lauk… Kalau boleh nak mengenyangkan, sekali makan terus rasa puas. Emm…
Tak perlu fikir dan peningkan kepala dah, jom tengok list bubur yang sedap. Fuh, makan panas-panas sedapnya!
1. Mangkuk Tingkat Place, Wangsa Maju
Image via @mangkuktingkatplace (Instagram)
Mangkuk tingkat place memang terkenal dengan bubur berlauk. Sumpah lauk yang banyak ini buat you guys pening nak pilih mana. Semua sedap-sedap belaka! Teringin nak makan bubur berlauk? Datanglah sini.
Alamat:
35, Jalan 14/27b,
Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur, WPKL.
Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu (8am – 9.30pm).
Dapatkan maklumat lanjut di Instagram.
2. Jim’s Food, KL
Image via Jim Food – previously Jim’s Porridge
Image via Jim Food – previously Jim’s Porridge
Jim’s Porridge yang sekarang dikenali sebagai Jim’s Food ini menawarkan sebanyak 14 topping untuk bubur anda. Tinggal pilih je yang nak mana… Confirm sedap! Banyak juga cawangan, senang dah kalau ngidam bubur.
Alamat & Waktu Operasi:
Busana Mara, KL.
Isnin – Ahad (11am – 9pm).
Jakel Mall, KL.
Isnin – Ahad (11am – 8pm).
Giant Ulu Kelang.
Isnin – Ahad (11am – 2pm).
Sri Gombak.
Isnin – Ahad (9am – 8pm).
Dapatkan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.
3. Bubur Nasi Melawati, Taman Melawati
Image via @buburnasimelawati (Instagram)
Bubur nasi Melawati ini juga tak ketinggalan dengan kepelbagaian lauk yang dihidangkan. Macam-macam sayur dan daging boleh dipilih sesuai dengan cita rasa anda. Delivery is also available!
Alamat & Waktu Operasi:
Jalan Taman Melawati,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Setiap hari (7.30am – 11am).
Jalan Rampai Niaga 4,
Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, WPKL.
Setiap hari (11am – 9pm).
Dapatakan maklumat lanjut di Facebook & Instagram.
4. Jom Bubur, Desa Melawati
Image via @jombubur (Instagram)
Image via @jombubur (Instagram)
Penggemar bubur jangan lupa untuk singgah ke sini juga, try semua lauk yang ada. Makan bubur panas-panas, emm sedapnya!
Alamat:
Enjoys Corner, Gerai No 16,
Taman Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
Selasa – Ahad (4pm – 10pm).
Dapatkan maklumat lanjut di Instagram.
5. Sooo Bubur Nation, Malay Town
Image via @sooobuburnation_official (Instagram)
Image via @sooobuburnation_official (Instagram)
6. Bubur Khaw, Kota Damansara
Image via @bubur_nasi_kota_damansara (Instagram)
Image via @bubur_nasi_kota_damansara (Instagram)
Fuh lauk yang banyak, bubur yang padat. Memang puas hati! Teringin? Tinggal pesan sahaja, terus sampai ke rumah anda! Bubur Khaw ini tidak menyediakan servis dine-in. Anda boleh pesan melalui Instagram mereka.
Waktu penghantaran:
Isnin – Jumaat (11am – 8pm)
Tunggu apa lagi? Bye, pergi dulu nak serbu bubur ni!