Tertekan pedal minyak, warga emas rempuh Pasar Binjai

KEMAMAN: Gara-gara tertekan pedal minyak, seorang warga emas yang memandu kereta Proton Perdana merempuh Pasar Binjai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, pemandu yang berusia 84 tahun tersebut hanya cedera ringan manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika warga emas yang dari Rumah Murah Binjai menghala ke Pasar Binjai itu dikatakan tiba-tiba tertekan pedal minyak hingga kenderaannya menggelongsor ke depan.



“Kenderaan warga emas itu kemudian melanggar pagar pasar lalu merempuh dua meja jualan peniaga kuih-muih.

“Rempuhan menyebabkan Proton Perdana itu rosak pada bahagian hadapan manakala pemandu hanya mengalami luka kecil,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Pemandu warga emas rempuh wanita, bayi di hospital



Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 Ln 166/59.

Sementara itu, pemilik gerai, Zaimah Mat Ali, 55, yang berada di rumah menyiapkan barangan jualan terkejut apabila dimaklumkan yang mejanya roboh di samping peralatan lain turut rosak akibat dilanggar kereta tersebut.

“Banyak barangan rosak, mujur kereta itu tidak melanggar tong gas yang diletakkan bersebelahan meja.

“Saya bersyukur tidak datang awal ke kedai kerana biasanya pukul 12 tengah hari saya sudah sampai dan bersiap-sedia untuk membuka perniagaan pada pukul 2 petang,” katanya yang akan  menumpang meja peniaga lain sebelum gerainya dibaik pulih.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker