“Jangan Buat Kenyataan Macam Kami B*doh Sangat..” Azmeer Jawab Dakwaan Juri SAMM35 Tidak Pandai Pilih Lagu
Menjawab kritikan penyanyi lagenda Datuk Hattan serta netizen terhadap keputusan juri memilih lagu-lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35), ketua juri Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35), Azmeer telah tampil membidas dan mempertahankan keputusan yang telah dibuat pada malam itu.
Menurut Azmeer, kesemua juri yang terlibat pada malam itu adalah pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang seni muzik tempatan. Menurut pemilik nama Mohd Azhar Abu Bakar ini, tiada persoalan patut timbul di atas pemilihan lagu yang telah dibuat.
“Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat. Tak salah nak bagi komen tapi..bukannya kami tak tahu muzik. Kami hanya jalankan tugas dan masing-masing ada pengalaman luas dalam bidang muzik. Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektid dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan.”
Menurut Azmeer lagi, kesemua barisan juri tidaklah terlalu tua malah semuanya mempunyai pemikiran yang terbukan dan cakna dengan pelbagai genre muzik semasa.
Selain Azmeer, antara nama yang terlibat menjadi juri pada malam itu ialah Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap dan Datuk Mokhzani Ismail.
Meskipun menerima pelbagai kritikan malah ada yang datang dari penyanyi sendiri, Azmeer walau bagaimanapun berkata bahawa dia menerima semua komen serta pandangan secara positif.
“Saya hanya buat kerja saja, saya pun sama macam orang lain mencari rezeki..” – Azmeer
Sumber : mStar Online
AJL35: Hattan kecewa senarai lagu, juri perlu fikir luar kotak