3 beradik maut, ibu parah kemalangan dekat Simpang Pulai

IPOH: Tiga beradik maut manakala ibu mereka parah apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan dua lori di Km 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, setahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Mohamed Nordin Abdullah berkata, ketika kejadian pada 3.50 petang, kereta Perodua Axia dinaiki mangsa bersama ibu mereka iaitu Nur Aimi Nadiah Abdul Rahin, 27, dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.



“Sebelum itu, sebuah lori kontena membawa muatan barang elektrik dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan baja sawit dari Klang ke Bagan Serai dan telah masuk ke lorong kecemasan.

“Tiba-Tiba kereta dipandu Nur Aimi Nadiah hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar bahagian belakang lori kontena itu,” katanya dalam kenyataan.

Nordin berkata, akibat kemalangan itu, tiga beradik lelaki tersebut yang beralamat di Taman Sri Gombak, Batu Caves meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mereka parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Katanya proses bedah siasat akan dijalankan petang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker