Polis patahkan cubaan serang bangunan Bursa Saham Pakistan
Polis Rawalpindi di timur Pakistan menggagalkan usaha pengganas untuk menyerang Bursa Saham Pakistan dan bangunan penting kerajaan dengan tertangkapnya tiga orang pengganas.
Jabatan polis anti-terorisme (CTD) melakukan operasi pencarian di seluruh Islamabad dengan bertindak berdasarkan maklumat perisikan mengenai kehadiran suspek-suspek yang terlibat dalam serangan pengganas di Rawalpindi, baru-baru ini, kata pegawai CTD kepada media.
Menurutnya, polis juga merampas sejumlah senjata dan peluru daripada pengganas yang mengaku terlibat dalam serangan pengganas yang menyebabkan 25 orang cedera di Rawalpindi pada awal pagi Ahad lalu.
Pengganas-pengganas tersebut yang identitinya belum didedahkan turut memaklumkan kepada polis mereka merancang untuk menyerang Bursa Saham Islamabad untuk mengirim gelombang kejutan ekonomi negara itu.
Siasatan lanjut ke atas pengganas itu sedang dijalankan.
Awal bulan Jun tahun ini, beberapa pengganas bertindak menyerbu bangunan bursa yang terletak di Karachi namun digagalkan oleh anggota keselamatan bangunan, polis dan tentera yang membunuh semua penyerang. MG