Kelulusan belanjawan bukan pengakhiran kepada perjuangan KWSP i-sinar

1. Apakah benar PEMUDA UMNO hanya beri harapan palsu isu i-Sinar KWSP?

Sejak awal biarpun tiada punya kuasa membuat apa-apa keputusan, PEMUDA berusaha menjadi jurubicara rakyat dengan menyampaikan Memorandum Suara Rakyat dalam Isu KWSP dan Moratorium secara BERSEMUKA dengan YB Menteri Kewangan, berhubung terus dengan CEO KWSP, mendesak melalui pelbagai saluran media termasuk melalui Ahli-Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat.

Alhamdulillah, berkat desakan bersepadu SEMUA PIHAK termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN, Kerajaan telah menambah baik dari semasa ke semasa (daripada Kerajaan peringkat awal menolak terus idea pengeluaran Akaun 1 KWSP, kepada 600 ribu pencarum dibenarkan keluar, kemudian ditambah baik lagi kepada 2 juta sehinggalah diperluaskan lagi kepada 8 juta pencarum)

2. Apakah Pemuda UMNO akan berhenti berjuang dalam isu KWSP?



Sudah tentu PEMUDA tidak sesekali AKAN BERHENTI BERSUARA selagi apa yang dituntut rakyat terutamanya penambah-baikan oleh pihak KWSP dalam Kategori 2 Penerima i-Sinar agar syarat@kriteria dimansuhkan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat dikalangan pencarum yang susah ketika ini.

3. Apakah tindakan PEMUDA UMNO jika Kerajaan PN mungkir janji?

Sebagaimana yang dijanjikan YB Menteri Kewangan bahawa isu KWSP dan Moratorium masih boleh ditambah-baik biarpun BAJET sudah diluluskan, kami PEMUDA akan beri ruang sedikit masa untuk pihak Kerajaan kotakan janji. Jika masih tiada apa-apa, kita masih punya KUASA POLITIK untuk digunakan bagi pihak rakyat. InsyaAllah tunggu dan lihat!

Walauapapun tanggapan, andaian dan tuduhan, PEMUDA UMNO akan terus berjuang dalam isu yang menyentuh kelangsungan hidup dan kepayahan rakyat ketika ini sejajar dengan prinsip kami #PemudaJurubicaraRakyat.



#TradisiMembelaRakyat

Asyraf Wajdi

Dua tuntutan BN: Najib ulangi amaran kepada PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker