[VIDEO] Peniaga Ini Menawarkan 1 Kilogram Muntah Paus Dengan Harga RM123k. Tak Sangka Warga Emas Ini Bakal Jadi Jutawan

Baru-baru ini kecoh di Indonesia apabila seorang lelaki mendakwa menjumpai satu bongkah batu didakwa meteorit yang kemudian menjualnya pada harga mahal. Berita itu membuatkan ramai orang mula memasang angan-angan, andai terjumpa sesuatu yang unik dan berharga, mereka akan pantas menjualnya pada harga yang tinggi.

Bak kata orang, asal barang boleh jual, semua jadi! Begitu juga kisahnya dengan lelaki dari Thailand ini, Narit Suwansang yang menemui seketul batu besar baru-baru ini di tepi pantai di Nakhon Si Thammarat pada 26 November lepas.Namun, itu bukanlah batu biasa kerana Narit mendakwa itu adalah muntah paus, yang sangat bernilai di pasaran.Pastinya, penemuan itu boleh dijual, dan ramai yang sedia hendak membelinya.

Mungkin ramai tertanya mengapa muntah paus mahal harganya tapi tahukah anda, bahan tersebut – ambergris, banyak digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama.Banyak pengeluar minyak wangi mewah menggunakan bahan ini lalu menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelarkannya ’emas terapung’.Pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,600 nilai sekarang).



Untuk rekod, pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya pada harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang).Pada 2017 pula di Indonesia, seorang nelayan menjadi jutawan sekelip mata selepas menjumpai beratus-ratus kilogram muntah paus yang terbahagi kepada beratus ketulan ‘batu’.Berbalik kepada kisah lelaki di Thailand ini, portal berita negara itu, Thairath, melaporkan seorang peniaga telah menawarkan untuk membeli ambergris itu pada harga 960,000 Baht (lebih RM123,000).

Harga itu bukan untuk keseluruhan ‘batu’ itu tetapi untuk satu kilogram sekiranya terbukti itu adalah ambergris Gred A dan menurut laporan itu lagi, dengan berat lebih 100 kilogram, ia merupakan muntah paus paling berat pernah dijumpai.“Saya cuma bawa pulang batu itu dan hanya dapat mengesahkan ia adalah muntah paus selepas melihat ada sesuatu meleleh ketika bersentuhan dengan api, mengeluarkan bau musky (aroma kasturi),” katanya.

Kini, Narit hanya menunggu pengesahan pakar berkaitan nilai ambergris itu.“Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ambergris ini,” katanya kepada wartawan.“Tolong cari muntah paus ini datang dari paus jenis apa.”Ini bukan kali pertama warga Thailand bertuah.Pada awal tahun lalu, seorang lelaki lain menjumpai sepotong ikan paus yang beratnya 6.5kilogram, bernilai keseluruhan 10.5 juta Baht (RM1.4 juta) sementara yang lain menjumpai potongan lain yang beratnya 16 kilogram dan bernilai 20 juta Baht (RM2.7 juta).



Sumber & Foto: AWANI

‘Jutawan’ tahi bintang ghaib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker