Wanita Sanggup Curang Kerana Dendam

Shanghai: Tindakan seorang lelaki di China meminta isterinya mencarikan jodoh untuk rakan baiknya mengundang padah apabila wanita itu pula curang.

Wang Hua meminta bantuan isterinya, Fang Chengjuan, 28, mencarikan pasangan untuk rakan baiknya, Liu Jun yang masih belum berkahwin.

Namun, sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila Fang menyamar sebagai wanita bujang yang juga rakan sepejabatnya bernama Yang Yifan, 28, sebelum berkenalan dengan Liu menerusi perbualan telefon.



Sejak itu, Liu dan Yang terus berhubung menerusi telefon dan media sosial untuk saling mengenali latar belakang keluarga dan kehidupan masing-masing.

Liu berkata, hubungan mereka bertambah mesra namun dia pelik apabila setiap kali ajak bertemu, wanita itu mengelak dan memberikan pelbagai alasan hingga membuatkan mereka sering bertengkar.

“Selepas sekian lama, kami bertemu buat kali pertama melakukan hubungan intim di sebuah hotel.

“Tetapi ketika itu, lampu dimalapkan atas permintaan Yang menyebabkan saya tidak cam wajah sebenarnya, apatah lagi dia bergegas pulang selepas itu,” katanya.



Katanya, Liu semakin menaruh harapan tinggi hubungannya dengan Yang dan merancang berkahwin dengannya.

“Oleh kerana sayang, saya kerap berikan hadiah mahal dan pindahkan wang kepada Yang dan dalam tempoh enam bulan, saya berhabis 120,000 Yuan (RM74,412).

“Saya juga membawanya bertemu orang tua saya dan ketika itu, barulah saya nampak wajah sebenar Yang selepas dia membuka pelitup muka.

“Ibu bapa saya menegur kenapa muka Yang sama dengan isteri Wang, namun dia menjawab tenang memang ramai orang cakap bahawa wajah mereka serupa. Saya langsung tidak mencurigainya,” katanya dipetik Tribunnews menerusi portal Eva.vn



Liu berkata, ibu bapanya sangat berkenan dengan Yang dan mereka sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan mereka, namun ia tidak disenangi Yang.

“Kami asyik bertengkar hingga saya membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan dan kami tidak lagi berhubung.

“Dalam keadaan fikiran yang berkecamuk, tiba-tiba saya teringat teguran orang tua saya sebelum saya menghubungi Wang memintanya mengirim gambar isterinya kepada saya.

“Alangkah luluhnya hati saya apabila mengetahui rupanya isteri Wang, Fang ialah orang sama yang menjadi kekasih saya (dengan menyamar sebagai) Yang, selama ini,” katanya yang membuat laporan polis atas penipuan itu.



Sementara itu, Fang yang ditahan polis mengaku perbuatannya itu atas dasar ingin membalas dendam kepada suaminya yang curang terhadapnya-HM

[VIDEO] ‘Itu Bukan Anak Saya”, Suami Kantoikan Isterinya Curang Selama 3 Tahun Dengan Kawan Sendiri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker