Air : Ramasamy dakwa Sanusi alih isu roboh kuil dan REE

BERMULA dengan isu perobohan kuil Hindu di Kuala Kedah, kemudian makluman penemuan mineral baharu, kini isu air Pulau Pinang pula.

Isu yang timbul dikaitkan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dipercayai sebagai cubaan untuk mengalih daripada isu sebenar.

Isu sebenar yang dimaksudkan adalah, penggalian sumber mineral baharu atau Rare Earth Elements (REE) akan menyebabkan pencemaran Sungai Muda.

Sungai berkenaan dikatakan sebagai sumber bekalan air utama bagi Pulau Pinang.



Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat bimbang jika Kedah terus berhasrat meneruskan projek menggali REE bagi menjana ekonomi negeri tersebut.

“Perbincangan Muhammad Sanusi mengenai hasil berbilion-bilion daripada perlombongan REE disambut dengan pelbagai kritikan.

“Agensi alam sekitar dan masyarakat sivil menggesa kerajaan persekutuan menghentikan pengambilan REE.

“Kerana ia akan menyebabkan kerosakan teruk terhadap persekitaran yang mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan hilangnya kawasan tadahan air penting di kawasan Ulu Muda.



“Ketua Pegawai Eksekutif Penang Water Authority (PBA), Jaseni Maidinsa, mengeluarkan beberapa kenyataan yang menjelaskan bagaimana perlombongan REE berisiko kepada kawasan tadahan air di Kedah yang mempengaruhi bekalan air ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Perlis.

“Lebih daripada 80 peratus bekalan Pulau Pinang diambil dari Sungei Muda, tetapi di pinggir sungai Pulau Pinang.”

Kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penegasan Muhammad Sanusi yang mahu Kerajaan Pulau Pinang membayar pampasan RM50 juta.



Bagaimanapun Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan, enggan membayar pampasan kepada Kedah kerana sumber air yang diambil adalah pada dibahagian negeri itu.

Ini kerana, hulu hulu Sungai Muda terletak di Kedah, sementara di bahagian hilir pula, sungai berkenaan menjadi pemisah sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Oleh demikian, Ramasamy mencabar Muhammad Sanusi menafikan untuk menolak bekalan air kepada Pulau Pinang.

“Kritikan mengenai eksploitasi REE pasti membuat Muhammad Sanusi marah sehingga dia menuntut Kerajaan Pulau Pinang membayar RM50 juta setiap tahun kepada Kerajaan Kedah sebagai ganti rugi.



“Bagaimanapun, Kon Yeow menolak permintaan ini dengan tindak balas pantas dengan mengatakan bahawa pemerintahnya tidak akan membayar satu sen pun kepada Kedah untuk pengambilan air.

“Penolakan ini pasti telah menyebabkan Muhammad Sanusi mengancam untuk memotong bekalan air ke Pulau Pinang.

“Beliau menjawab dengan mendakwa akan meminta penduduk kampung di tebing Sungai Muda untuk meletakkan beg pasir bagi menghentikan bekalan air ke Pulau Pinang.

“Ancaman untuk menghentikan bekalan air ke Pulau Pinang adalah serius dan menghasut,” katanya. SM



Nota : Dah kalau Pulau Pinang bising isu air, takkan MB Kedah nak duduk diam saja.

Roboh kuil di Kedah bukan perkauman, ia isu undang-undang – Khairuddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker