Pemandu maut tersepit treler
KULAI: Pemandu treler meninggal dunia kerana tersepit dengan lori di Hentian Rehat dan Rawat Kulai arah utara, tengah hari tadi.
Mangsa Suhaimi Abd Rahim, 59 meninggal dunia di tempat kejadian
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.25 tengah hari dan menggerakkan enam anggota.
“Anggota mendapati pemandu trailer cuba mengambil kayu bagi menghalang roda kerana treler mengundur ke belakang disebabkan masalah brek.
“Namun mangsa tersepit dengan lori di sebelah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.