Saya pun ada rekod kaki lawan juga, kata Annuar

Tan Sri Annuar Musa tidak mahu melayan sebarang ‘serangan’ dari pihak tertentu terhadap dirinya, terutama berkaitan dengan politik Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu tahu siapa mereka yang hampir setiap hari menyerangnya menerusi pelbagai rangkaian media sosial itu.

“Saya sedar ada gerakan sesama sendiri yang cuba menyerang saya. Saya tahu siapa mereka,” katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.

Annuar menjadi sasaran serangan dipercayai orang dalam sendiri yang tidak sehaluan dengannya, selepas beliau mengeluarkan kenyataan kurang menyenangkan, terutama berkaitan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Justeru, setiap kali Ahli Parlimen Ketereh itu mengeluarkan kenyataan balas, pelbagai isu cuba diprovokasikan supaya timbul kebencian terhadapnya.

Menurut Annuar, beliau tidak hairan diserang, ditohmah dengan pelbagai kata nista, kerana beliau juga mempunyai rekod “kaki lawan” sebelum ini.

Namun, tegasnya, beliau tidak mudah diprovokasi dan sebahagian besar dari serangan itu memerlukan dirinya membisu.

“Walaupun saya juga punya rekod “kaki lawan”, namun saya tidak mudah diprovokasi. Pada saya, saya ada tugas yang harus dipikul.



“Yang penting saya pastikan (Parlimen) Ketereh satu kerusi (menang) untuk BN dan tugas lain yang dipikul disempurnakan.

“Lagipun, tidak semua serangan memerlukan serang balas dan jika penyerang sedang membunuh diri melalui serangannya, biarkan dia menyerang,” katanya yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau yang mengambil sikap memerhati dan bersabar percaya, sampai masanya pihak yang menyerangnya akan keletihan dan berhenti berbuat demikian. MG

KWSP i-sinar : Kerajaan lakukan yang terbaik, berpada-padalah kalau pun nak jadi populis – Annuar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker