Perak: Pas arah ADUN menghadap Sultan

Pas membuat perubahan dengan mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan ringkas malam Selasa, berkata mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.

“Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka Pas mengarahkan semua ADUN Pas untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.



“Pas akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan itu.

Arahan terbaharu itu tiba selepas parti itu sebelum ini mengarahkan tiga ADUN membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh, petang Selasa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.

Tiga ADUN itu ialah Razman sendiri yang juga ADUN Gunong Semanggol; Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah). Awani



Adun PAS dan PPBM menghadap Sultan Perak hari ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker