Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sepakat sokong Sharaani sebagai MB Perak



Kemelut politik melanda Perak susulan kegagalan undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sudah diselesaikan susulan pertemuan enam mata membabitkan kepemimpinan tertinggi UMNO, BERSATU dan PAS, hari ini.

Dalam pertemuan berlangsung di Bangunan Parlimen itu, ketiga-tiga pemimpin parti itu sudah mencapai kesepakatan untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Barisan Nasional, Presiden Pas dan Presiden PPBM beserta dengan Setiausaha Agung ketiga-tiga parti mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan Negeri Perak.

Atas semangat permuafakatan antara ketiga-tiga parti telah bersetuju mencadangkan YB Dato Hj Sharaani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Perbincangan hari ini juga bersetuju dengan pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri Perak.




Semalam, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Leave a Reply

Your email address will not be published.