Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN Sabah
Penghargaan Kepada UMNO & Barisan Nasional Sabah
1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Raden dan seterusnya UMNO Sabah yang mengumumkan penerimaan semula diri saya bersama empat orang lagi bekas pemimpin parti kembali ke UMNO kelmarin.
2. Saya turut menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh UMNO Sabah dan juga Barisan Nasional Sabah yang melantik saya sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Sabah untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang.
3. Pelantikan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar dan berat buat diri saya. Insya-Allah saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik keupayaan saya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus teguh di hati rakyat Sabah.
4. Kerjasama erat dan persefahaman antara UMNO, Barisan Nasional dan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dikekalkan malah diperkukuhkan lagi demi membawa Sabah ke masa hadapan yang lebih gemilang.
5. Saya turut mengulangi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi di Sabah khususnya di DUN Usukan yang memberikan kepercayaan kepada saya, dan juga kerana meletakkan kepercayaan anda kepada UMNO, Barisan Nasional dan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah untuk mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.
6. Kepercayaan ini tidak akan disia-siakan dan saya bersama UMNO dan Barisan Nasional akan terus membantu GRS memperkukuhkan Kerajaan Negeri Sabah di samping terus mendapatkan keyakinan dan sokongan daripada rakyat Sabah.
Salleh Said Keruak
Salleh Keruak seru ahli politik berhenti penting diri, bekerja 1 pasukan pulih ekonomi
You must be logged in to post a comment.