Salleh Keruak seru ahli politik berhenti penting diri, bekerja 1 pasukan pulih ekonomi

Kepincangan dan ketidakstabilan politik hari ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan raja dan rakyat terhadap proses pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Salleh Said Keruak berkata, pemulihan ekonomi akan berjaya jika semua ahli politik berhenti mementingkan diri sendiri dan berfikir sebagai 1 pasukan.

“Mampukah kita bertahan untuk setahun lagi atau untuk 6 bulan akan datang jika kita terus begini?

“Mungkin tidak, kecualilah jika ahli politik mula mementingkan rakyat dan berhenti mementingkan diri mereka sendiri,” katanya menerusi catatan di blognya hari ini.

Pemimpin Umno Sabah itu berkata, pakar ekonomi dunia menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 lebih teruk berbanding yang pernah berlaku ketika era 1920-an.

Beliau berkata, walaupun vaksin Covid-19 berjaya ditemui tahun depan dan kehidupan kembali seperti sedia kala, ekonomi negara akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

“Ini bukanlah 1 petanda baik untuk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di Barat sudah pasti akan membawa kesan kepada kita.

“Dalam era globalisasi hari ini, tiada 1 negara pun yang hidup dalam vakum. Malaysia bergantung kepada Barat sebagai sumber pasarannya, jadi apabila Barat sengsara, kita turut sengsara.

“Raja-raja kita turut khuatir dan kenyataan yang keluar dari istana membayangkan kekhuatiran tersebut,” katanya. FMT

Saya takkan berhenti cuba jatuhkan Muhyiddin, kata Dr M

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker