Mahkamah Dan Keadilan… Tegakkan Kedaulatan Undang-undang

Sebaran :

Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013 dibuat ekoran tindakan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Alasannya terdapat perkembangan baharu dalam kes ini yang perlu disiasat dengan lebih lanjut dan pihak pendakwaan juga tidak mahu membazirkan masa mahkamah kerana tidak tahu tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiasat perkembangan terbaharu itu.

Kes perbicaraan terhadap Tengku Adnan bermula pada 20 Sept 2019 iaitu semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Dari awal kes pendakwaan dibuat memang banyak persoalan yang berlegar dan menimbulkan kekeliruan apatah lagi ketika pentadbiran PH ini telah sinonim dengan undang-undang rimba (rule of jungle) apabila pelbagai pendakwaan politik dilaksana membabitkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sedangkan sebaliknya pada kes-kes mahkamah kepimpinan PH.

Ketika zaman pentadbiran PH terserlah wujudnya pendakwaan terpilih apabila satu demi satu pemimpin BN yang kekal dalam perjuangan parti berdepan pertuduhan di mahkamah. Bukan hanya Datuk Seri Tengku Adnan selaku Bendahari UMNO tetapi pendakwaan ini didahului dengan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Samad.

Lebih pelik… trend pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH juga berlaku.

Ketika zaman pentadbiran PH ini, berlaku pengguguran pendakwaan misalnya pengguguran sepenuhnya kes rasuah Lim Guan Eng walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah.

Lihat sahaja bagaimana kes terowong dasar laut dan rumah banglo yang dibeli oleh bekas oleh Lim Guan Eng. Ini adalah antara kes yang mendapat perhatian ramai dan rakyat sehingga kini ingin mengetahui bagaimana kes ini boleh digugurkan.

Begitu juga dikatakan wujud tindakan Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) sekali lagi mencetuskan persepsi buruk terhadap kebebasan dan integriti Institusi Peguam Negara lantaran tularnya video tarian ‘twist’ Tommy Thomas dengan Siti Kassim tidak berapa lama sebelum kes itu digugurkan.

Pengguguran ini melengkapkan siri-siri pengguguran kes-kes yang melibatkan pimpinan PH sejak zaman kepimpinan PH termasuklah kes YB Hassan Karim MP Pasir Gudang, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai.

Malah pengguguran kes turut melibatkan aktivis PH seperti Ratu Naga dan Kartunis Zunar.

Berbalik kepada kes Tengku Adnan… dilampirkan tulisan Najib Razak berkaitan kes terbabit:

Ahli parlimen UMNO Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta hari ini setelah Peguam Negara arahkan pendakwa raya tarik balik pertuduhan akibat “perkembangan baru yang melibatkan seorang saksi utama”.

Kes yang dimulakan oleh Tommy Thomas di bawah Gagalkrasi PH ini amat pelik.

Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ianya derma politik untuk PRU/PRK.

Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Datuk Tan.

Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia.

Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan.

Datuk Tan didenda RM1.5 juta kerana rasuah tanpa dikenakan apa-apa hukuman penjara.

“Datuk Tan didenda RM1.5 juta”

https://www.hmetro.com.my/…/datuk-tan-didenda-rm15-juta

Datuk Tan membayar denda (yang dianggap perkara remeh bagi jutawan tersebut) dan dibebaskan serta-merta.
Datuk Tan juga bertukar dari orang kena dakwa menjadi saksi pendakwaan terhadap Ku Nan.

Sept 2019 Tan to turn prosecution witness
https://www.thestar.com.my/…/tan-to-turn-prosecution…

Dua bulan kemudian iaitu Disember 2019, keluarga Datuk Tan pula diberi peluang secara senyap-senyap untuk membeli tanah Iskandar dari kerajaan PH dengan harga cuma RM45 satu kaki persegi.

Kerajaan PH Johor bersama Khazanah Nasional dan KWSP telah menjual tanah dengan keluasan 31 ekar di Iskandar Malaysia dengan harga RM61 juta (atau RM45 satu kaki persegi).

https://www.edgeprop.my/…/paragon-globe-buys-31-acre…
Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa pendakwaan terhadap Ku Nan ditarik balik sebab ada “perkembangan baru dengan seorang saksi”.

Kita tunggu penjelasan apa perkembangan baru yang dimaksudkan ini dan jika telah berlakunya salah guna kuasa perundangan semasa gagalkrasi PH bermaharajalela.

“DPP Julia Ibrahim telah memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk DNAA. Jelasnya, ini susulan perkembangan baru dalam kes yang melibatkan salah seorang saksi.”

“7 Dec 2020: Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta”
https://www.malaysiakini.com/news/554106

Siapa Musuh Rakyat – Ku Nan atau Pakatan?


Sebaran :

Leave a Reply