RHB sahkan dua pekerja di Bangi positif Covid-19

RHB Bank Group (RHB) telah mengesahkan dua orang pekerjanya di Kompleks RHB Bangi telah diuji positif Covid-19 semalam dan kini sedang menjalani kuarantin.

RHB dalam satu kenyataan berkata, kali terakhir pekerja-pekerja tersebut hadir di kompleks itu adalah pada 27 dan 30 November 2020.

“Aktiviti pembersihan dan sanitasi telahpun dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

“RHB turut membantu pihak berkuasa dalam usaha menjejak kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga, pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kakitangan tersebut juga telah ditetapkan untuk menjalani kuarantin di rumah,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, RHB telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerjanya.

RHB sedang membantu pihak berwajib bagi usaha pengesanan kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, pekerja lain yang terdedah dengan kedua-dua pekerja itu turut menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing,” katanya.
Selain itu, usaha pembersihan secara menyeluruh dan sanitasi juga telah dijalankan sebagaimana ditetapkan oleh garis panduan Kementerian Kesihatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker