Oja antara tujuh peserta yang berjaya ke final GV7

Oja menjadi peserta pertama yang diumumkan layak ke peringkat akhir, sekali gus membawa pulang Anugerah Bintang Paling Power Miow bagi konsert separuh akhir, malam ini.
PUTRAJAYA: Tujuh finalis program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) berjaya menempah tiket ke peringkat akhir program realiti nyanyian itu, yang dijadual berlangsung pada 13 Disember ini.
Oja menjadi peserta pertama yang diumumkan layak ke peringkat akhir, sekali gus membawa pulang Anugerah Bintang Paling Power Miow bagi konsert separuh akhir, malam ini.
Beliau mempersembahkan lagu Biso Bonar (Hattan) dan Fantasia Musim Cinta (Iwan).
Enam finalis lagi adalah Muss; Linda Nanuwil; Ashira; Ayu Damit; Noraniza Idris dan Cliff Umar.
Bertemakan ‘outstation’, konsert minggu kesembilan menyaksikan para peserta masing-masing perlu mempersembahkan dua buah lagu.
GV7 masih mengekalkan format pemarkahan 100 peratus daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, selaku juri tetap.

“Minggu Lepas Saya Terasa Sikit Orang Kata Saya Buncit” – Nabil Tak Kisah Pakaian GV7 Jadi Troll Netizen

Sementara, juri jemputan pada minggu ini menampilkan penyanyi terkenal, Jay Jay dan Datuk Shafinaz Selamat.
GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran selama 10 minggu.
Jangan lupa saksikan enam peserta akhir berentap merebut gelaran juara di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, 9 malam, Ahad depan.
Berikut senarai lagu peserta-peserta pada konsert akhir:
Oja – Jujur dan Disana Cinta Disini Rindu
Muss – Mentari Merah di Ufuk Timur dan Mencintaimu
Linda Nanuwil – One Moment In Time dan Terlanjur Cinta
Ashira – Wajah Kekasih dan Beribu Sesalan
Ayu Damit – Bukan Dia Tapi Aku dan Memori Tercipta
Noraniza Idris – Hutang dan Empat Dara
Cliff Uma – Nakal dan I’d Do Anything For Love
Battle:
Eh (Zizi Kirana)
Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin)
Inilah Nasibku (Nico)

Gegar Vaganza lebih penting berbanding nikah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker