GST bukan pilihan pada masa ini, kata timbalan menteri kewangan

KUALA LUMPUR: Mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018 bukan antara pilihan kerajaan pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah.

Buat masa ini, katanya di Dewan Rakyat, kerajaan sedang memberi tumpuan kepada menjaga kesihatan rakyat, dan pengurangan ketirisan.

Beliau menjawab soalan daripada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang melaksanakan GST pada tahun depan.

Pada 23 Nov, Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research berkata Kementerian Kewangan menubuhkan suatu jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan hasil, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula GST.

Maybank IB dalam notanya memetik Menteri Tengku Zafrul Aziz sebagai berkata langkah lain termasuk mengkaji kelemahan rejim cukai dan impak cukai baharu ke atas ekonomi, mengkaji pilihan cukai lain seperti cukai karbon dan cukai digital, merasionalnak insentif cukai, membaiki pengurusan cukai, dan meningkatkan audit cukai.

“2021 ialah tahun peralihan daripada krisis kepada pemulihan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker